Bagi yang merancang untuk pulang ke kampung atau mana-mana destinasi pilihan dengan menaiki perkhidmatan tren KTM ETS dan Intercity dalam bulan Mei 2026, anda sudah boleh membeli tiketnya yang mula dibuka jualannya sejak semalam.
Jualan tiket dibuka lebih awal memandangkan umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha pada hujung Mei 2026. Jadi cukup sesuailah kalau anda dapat merancang awal untuk balik ke kampung halaman dengan menaiki tren kendalian KTM Berhad ini. Seperti biasa, tiket perkhidmatan tren KTMB ini memang ‘laku keras’ untuk musim perayaan, jadi anda perlu membelinya dengan cepat untuk elak kecewa kerana kehabisan tiket.
Dalam masa yang sama, KTMB turut memaklumkan bahawa penjualan tiket Ekspres Selatan bagi perjalanan bermula Januari 2026 masih ditangguhkan buat sementara waktu.
The post KTMB buka jualan tiket tren ETS dan Intercity untuk perjalanan Mei 2026 sempena Hari Raya Aidiladha appeared first on Paul Tan’s Automotive News.






