Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor telah mengesan dan menahan sebuah Honda Jazz yang disyaki kenderaan klon semasa menjalankan rondaan penguatkuasaan di KM16, Lebuhraya Pasir Gudang yang dilaksanakan oleh Stesen Penguatkuasa (SPK) JPJ Jemaluang.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu berkenan telah melakukan beberapa kesalahan, antaranya tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), tiada perlindungan insurans, menggunakan kenderaan yang tidak berdaftar dan menggunakan nombor pendaftaran milik kenderaan lain.

“Pemandu tersebut juga merupakan bukan warganegara Malaysia (PEWA – pemandu warga asing) dan kenderaan telah disita di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. JPJ Negeri Johor menegaskan komitmen untuk terus mempergiatkan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin,” kata JPJ Johor menerusi perkongsiannya di Facebook.

The post JPJ Johor sita Honda Jazz disyaki kereta klon – dipandu PEWA, tiada lesen memandu, cukai jalan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares: