Untuk warga Shah Alam, ini ada makluman penting buat anda. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengumumkan bahawa sebahagian jalan utama di sekitar Shah Alam akan ditutup esok, 29 November 2025, dari jam 4 pagi hingga 11 pagi. Ia adalah bagi kelancaran acara larian Malaysia Vibe Fest 2025 yang akan diadakan esok di i-City, Seksyen 7, Shah Alam.
Laluan yang terlibat ialah i-City, Jalan Plumbum 7/102, Persiaran Permai, Persiaran Bestari, Persiaran Bestari, UiTM Shah Alam, Persiaran Kayangan, Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, Persiaran Selangor, Seksyen 15, Bulatan Selangor, Persiaran Tengku Ampuan, Bulatan Melawati, dan Bulatan Kayangan di Seksyen 13.
Selain itu, ia juga melibatkan Persiaran Kayangan, Persiaran Bandaraya, Persiaran Damai, Persiaran Masjid, Bulatan Setia Jasa, Persiaran Majlis di Seksyen 14, Bulatan Bestari, Persiaran Tun Arsyad Ayub di Seksyen 7, dan Persiaran Keluli 1C.
Justeru, anda dinasihati agar merancang perjalanan sewajarnya dan disaran untuk menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi yang ditujui. Sila gandakan fokus pemanduan dan lebih berhati-hati memandu sewaktu melalui laluan yang terlibat dengan separa penutupan ini.
The post Penutupan sebahagian jalan di Shah Alam untuk larian Malaysia Vibe Fest; 29 Nov 2025, 4 pagi-11 pagi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.






