PLUS Malaysia Behrad (PLUS) telah mengumumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MIROS akan melaksanakan ujian kalibrasi bagi pemasangan kamera AWAS (Automated Awareness Safety System) di KM 431.55 (arah selatan) di jajaran Bukit Beruntung – Sungai Buaya, Lebuhraya Utara-Selatan.

Di mana ujian berkenaan dijadualkan berlangsung pada hari ini, 26 Nov dari jam 11 malam hingga 3 pagi keesokannya di lokasi berkenaan.

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook rasminya.

The post Ujian kalibrasi kamera AWAS di KM431.55 Bukit Beruntung-Sg Buaya selatan pada 26 Nov, 11 mlm-3 pg appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares: